Saturday, July 30, 2011

Kelibat (2004)


‘Kelibat’ adalah mengenai kisah dua orang pembikin filem Selamat dan Indra yang telah ditugaskan untuk membuat sebuah VCD cerita hantu. Oleh kerana mereka tak mahu dituduh menipu orang ramai, mereka ingin membuat cerita yang boleh disahihkan. Setakat ini kesemua cerita yang mereka siasati merupakan penipuan belaka. Sehinggalah mereka didatangi oleh seorang pekerja hotel yang memberitahu kehadiran sebuah kelibat di hotel di mana beliau bekerja. Penyiasatan Selamat dan Indra di hotel itu membongkarkan sesuatu yang menyeramkan.

No comments:

Post a Comment