Haji Salleh yang terpisah daripada keluarganya di Singapura telah jatuh sakit tenat ketika berada di Mekah. Dia mempunyai seorang isteri bernama Ainon, anak perempuan bernama Petum, dan anak lelaki bernama Bahar yang bekerja sebagai Inspektor Polis. Sebelum 'meninggal dunia', Haji Salleh telah membuat surat wasiat yang diamanahkan kepada sahabat karibnya Sidek untuk diserahkan kepada kaum keluarganya. Apabila Sidek tiba di Singapura, beg yang berisi surat beserta wang Haji Salleh telah dicuri oleh seorang yang bernama Kamal, yang mengambil wang di dalam beg tersebut dan membuang beg tersebut. Kamal kemudiannya berjaya ditangkap oleh pihak polis. Secara kebetulan, anak perempuan Kamal yang bernama Maimun merupakan kekasih Inspektor Bahar. Di pejabat polis, Sidek yang hadir setelah mendapat berita penangkapan tersebut begitu terkejut apabila melihat muka pencuri tersebut yang begitu mirip sahabatnya Haji Salleh yang telah 'meninggal dunia'...
No comments:
Post a Comment