Wednesday, July 27, 2011

Mr. Cinderella 2 (2003)


Filem ini mengisahkan hubungan Puteri Megawati dan Hakimi selepas mereka bertunang. Hakimi menerajui syarikat Megapuri Berhad yang diasaskan oleh Megawati dalam usaha mengkorporatkan pemikiran Hakimi. Megawati mahu Hakimi lebih serius serta diberi tanggungjawab menerajui syarikat. Hakimi membuktikan kemampuannya dengan menjalin kerjasama secara diam-diam dengan syarikat Agro Products di New Zealand. Kemunculan Anis, presiden Agro Products yang menaruh hati dengan Hakimi menjejaskan pertunangan Megawati dan Hakimi. Perhatian yang diberikan Anis menyebabkan teman lelakinya Shamsul cemburu, lebih-lebih lagi apabila Anis melantik Hakimi sebagai Pengarah Operasi Agro Products. Sultan pula memutuskan pertunangan Megawati-Hakimi apabila menerima bukti mengenai salah laku Hakimi.

No comments:

Post a Comment